Isnin, 5 Januari 2015

Selamat Menyambut tahun baru 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Disini saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2015 dan selamat maulidur rasul. Rasanya sudah setahun says tidak menulis dalam blogs ini. Baru Baru ini terdapat salah satu pembeli eBook saya bertanyakan belaiu telah memberi eBook kepada rakan kerana rasa kasihan at as musibah yang menimpa malangnya setelah rakannya telah amalkan Malang tidak berjaya malahan ilmu yang sama yang diamalkan Oleh beliau sedikit demi sedikit mendapatkan hasilnya. Mana salahnya Dan minta says jelas dengan lebih lanjut....

Untuk menjawap personal an diatas, amat sukar dijawap disini ingin says memberi tips bagaimana ilmu yang diamalkan agar menjadi sedikit demi sedikit pertama kita perlu yakin kedua kita perlu bersabar ketiga kita perlu ikhlas dan ke empat kita perlu tawakal.

Insyallah jika kita perkara yang tersebut diatas mana manager ilmu yang diamalkan akan menjadi sedikit demi sedikit insylaah pada mass akan datang says akan menerangkan secara meluas 4 perkara yang tersebut diatas. Disini says berterima kasih atas sokong anda yang masih membeli eBook saya yang tidak seberapa ini.

Sekian terima kasih....

Isnin, 31 Disember 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya minta maaf kerana sudah agak lama tidak menulis dalam bloq dan banyak juga yang menghantar sms kepada saya bertanya kenapa saya samada E-book masih jual lagi saya minta maaf banyak SMS tidak dapat saya jawab ini bergantung kepada credit hand phone kadang-kadang tidak mampu saya menjawab semua pertanyaan melalui sms walaubagaimana pun jika ada mana-mana sms yang tidak terjawab sila sms semula insyallah saya akan menjawabnya.

Ramai juga bertanya samada laman ilmupengasih.com masih wujud lagi. Sebenarnya saya terlupa renew domain tersebut insyallah dalam masa terdekat saya akan cuba renew domain tersebut.

Selain daripada itu saya telah memasukan beberapa ilmu terbaru cuba jika ada kelapangan akan menulis dalam blog.

Disini saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru diharap tahun 2013 lebih baik daripada 2012

Sekian terima kasih


Ahad, 2 September 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assamulaikum dan salam sejahtera,

Disini ingin saya mengucapkan selamat hari raya kepada muslimin dan muslimat dan jika ada kesalahan dan salah silap dapat dimaafkan.

Sememangnya agak lama saya tidak menulis dalam blog saya ini kerana terlalu banyak urusan dan saya mohon maaf banyak yang tidak sempat saya menjawab mohon emel kepada saya semula. Insyallah dapat beberapa hari saya akan mengeluarkan beberapa ilmu yang terbaru untuk dimanafaat.

sekian terima kasih

Isnin, 2 Januari 2012

ILMU QULHU GENI DAN KHASIAT SURAH IKHLAS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Saya rasa agak tidak terlambat saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2012 saya harapkan kita semua dikurniakan rahmat, nikmat dan rezeki yang mewah pada tahun ini. Saya minta maaf sejak kebelakangan masa tidak mengizinkan untuk menulis blog ww.ilmupengasih.com selain daripada itu banyak juga bertanyakan khabar samada blog saya ini samada masih aktif ataupun sebaliknya dan ada juga yang diantara pembaca blog yang dahaga keilmuan meminta agar saya mengeluarkan ilmu-ilmu yang terbaru.Banyak juga yang bertanyakan khasiat dan amalan qulhu geni. Oleh yang demikian saya mengeluarkan ilmu Qulhu Geni bersama khasiat Surah Ikhlas.

Surah ikhlas sebenarnya banyak gunakan untuk kehidupan seharian seperti berikut :
  • Jika kita mempunyai sesuatu hajat yang insyallah akan dikabulkan
  • Jika kita ada musuh ataupun ada orang menginaya ataupun ada orang yang berniat jahat maka jika kita amalkan maka orang yang tersebut akan binasa ataupun ianya menjadi panas ataupun kehidupannya akan menjadi tidak tentu arah oleh yang demikian maka saya mengharapkan janganlah gunakanya sebarangan.
  • Jika kita mempunyai sebarang masalah dengan keluarga, suami, isteri, kekasih, tunang, anak, kerjaya dan lain-lain  insyallah dengan mengamalkan ilmu ini maka segala masalah akan dapat diatasi
  • Jika kita mempunyai hutang yang banyak maka jika kita amalkan ilmu ini insyallah dengan kurnianya kita samada secara langsung ataupun tidak langsung kita akan dapat jalan untuk keluar daripada hutang yang kita tanggung
  • Jika kita dalam kesukaran dalam apa jenis bentuk permasalahan maka insyallah akan mendapat jalan keluar
  • Selain daripada itu ianya boleh bertindak sebagai pengasih, benteng pertahanan daripada sautau ataupun sihir, benteng ataupun pagar, tidak mudah jatuh sakit dan banyak lagi kegunaanya.
Manakala jika kita mengamalkan ilmu Qulhu geni maka adalah seperti berikut :
  •  Apabila kita membacakan sebanyak 1 (satu ) kali, setan yang mengganggu kita akan putus bahunya yang sebelah kiri. 
  • Bila dibaca 2 (dua) kali, maka bahunya yang sebelah kanan juga akan putus.
  • Bila dibaca 3 (tiga) kali, perasaan/jiwa setan itu akan hancur .
  • Bila dibaca 4 (empat) kali, maka badan setan itu akan lebur.
  • Bila dibaca dan disemburkan pada orang yang kerasukan setan, maka orang itu akan segera sembuh.
  • Bila dibaca pada suatu tempat yang keras ataupun seumpama dengannya maka bangsa jin dan setan yang jahat akan lari semuanya.
  • Bila istiqomak, yakin dan sabar dibaca setiap hari, maka akan membuat seseorang ditakuti oleh bangsa jin dan setan.
  • Ini termasukanlah jika ada orang ingin mengunakan ilmu tenung, sihir, ataupun seumpama dengannya yang mengunakan perantaraan jin maka ianya tidak berani mendekati dengan pengamalnya dan banyak lagi khasiatnya.
Sekian terima kasih

Khamis, 23 September 2010

ILMU RAHSIA ASTAGFIRULLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rasanya tidak terlewat saya mengucapkan kepada muslimin dan muslimat selamat menyambut raya raya idul fitri. Pada bulan ramadan serta syawal ini saya memang sibuk sedikit daripada bulan-bulan yang lain.

Rasaya semua kita biasa menyebutnya dan mengukapnya akan tetapi adakah kita menjadikan ianya sebagai zikir harian. Biasanya kita akan mengungkapnya jika kita ataupun orang disekeliling kita ditimba masalah, kemalangan, kecelakaan dan seumpanya dengannya.

Akan tetapi tahukah jika jika kita menjadikan ianya sebagai zikir harian maka sungguh banyak khasiatnya seperti berikut

  • Insyallah dengan izinnya jika kita mempunyai hutang yang banyak akan dilunaskan
  • Insyallah dengan izinnya jika kita berdoa maka akan dimakbulkan
  • Insyallah dengan izinnya jika kita tiada harta akan diberi harta tanpa dapat difikir dengan fikiran manusia
  • Insyallah dengan izinnya jika kita tidak mempunyai anak maka akan diberi anak tanpa dapat difikirkan dengan akal manusia
  • Insyallah dengan izinnya jika kita mempunyai sebarang masalah akan diberi pertunjuk ataupun diberikan jalan keluar daripada masalah yang kita hadapi
  • Insyallah dengan izinnya jika kita berniaga barang tidak laku ataupun tidak ada pelanggan maka akan diberi kelarisan
Sebenarnya banyak lagi keistimewaan boleh dikatakan daripada segala sudut kemanusian jika kita beristifar maka semua masalah dapat diatasi tanpa dapat difikirkan oleh akal manusia. Saya memohon kepada pembaca blog saya janganlah jika ditimpa malapetaka atau kesusahan barulah kita ingin mewiridkan ataupun dizikirkan buatlah secara sederhana insyallah apabila anda merasa seronok kadang-kadang kita tiada sedar yang mana kita telah menzikirkannya selama 1-2 jam lagi dizikirkan lagi seronok rasanya akan tetapi sebelum dizikirkan maka dihadiahkan al-fatihah seperti yang tertera pada laman utama ataupun mereka-mereka yang telah membeli e-book saya maka sila lihat pada ilmu tasbih yunus. Selepas dihadiahkan maka zikirlah "astagfirullah al-azhim" sebanyak mana yang anda suka dan jika sudah puas maka janganlah mengankat punggung kita doalah mintalah apa-apa yang kita inginkan insyallah pada segala hajat kita akan ditunaikan . Sebenarnya beristifar ini ada banyak jenis pelajarilah ianya jika boleh amalkan istifar nabi memang agak panjang sedikit akan tetapi dengan "astagfirullah al-azhim" pun sudah mencukupi

Akan tetapi mungkin setelah anda mengamalkan jika kita sakit saya minta teruskan jika kita sakit maka buatlah pada kadar yang kita rasa termampu. Kadang-kadang orang ada bertanyakan kepada saya kenapa ianya panas ataupun ianya mendatangkan penyakit seperti demam yang agak panjang daripada biasa ataupun selesema yang agak panjang. Itulah satu pertanda baik kerana mungkin kita dalam hidup ada melakukan kesilapan ataupun kesalahan maka dibumi kita telah menerimanya selepas deman ataupun sakit insyallah anda akan merasakan sesuatu kesenangan dalam hati. Insyallah apa-apa yang anda lakukan akan membuahkan hasil. Seperkara lagi ada juga yang bertanya kepada saya kenapa ada setengah-setengah barang makanan yang dimakan tidak lama kemudian kita muntah ataupun cirit birit ataupun seumapanya.

Soal makanan ini agak sukar saya hendak katakan ini anda kenalah belajar sendiri. Akan tetapi anda boleh membeli buku dihalal hub saya tidak berapa ingat penulis buku sebab buku tersebut telah hilang insyallah setelah anda membacanya memang menakutkan dimana memang tidak boleh saya sebutkan disini. Carilah buku-buku berkenaan permasalah permakanan. Salah satu contoh boleh saya berikan ada tiga iklan coklat yang biasanya dipaparkan di kaca TV sebenarnya tidak halal oleh itu lihatlah dahulu lebih halalnya jangan terus main beli. Disini saya berpandangan sepatutnya iklan-iklan makanan yang haram seharusnya dilarang daripada keluar di kaca TV kita kerana TV ini boleh memberi impak yang mendalam didalam akal kita.
Oleh itu jagalah permakanan kita jika kita muntah maka cuba elakan kita membeli produk tersebut belilah produk yang kita rasa yakin.

Makanan yang adalah perkara yang penting perlu di titik berat. sebab cuba kita fikirkan kepada orang kita dizaman ini banyak berlaku pembuangan bayi, bunuh sesama menusia, berjudian, rumah urut bersepah, penzinaan, bunuh diri ataupun seumpanya. Makanan jika tidak betul-betul halal ianya mempengaruhi nafsu kita. Oleh itu sebelum kita membeli sesuatu kita harus berjaga-jaga lihat dan periksa sebelum membeli kadang-kadang peniaga ini jahat juga meletakan produk yang tidak halal di tempat yang halal insyallah jika kita menjaganya maka permasalah sosial dan nafsu kita dapat kita bendung.

Jika kita mengamalkan setiap hari maka secara tidak langsung keistimewaan yang kita tidak sedari akan keluar dengan tanpa disangka-sangka ataupun tanpa kita sedari. Setiap manusia ataupun insan telah diberi keistimewaan tersendiri dengan cara kita beristifar keistimewaan itu akan keluar dengan tanpa kita sedari.

Sebenarnya memang banyak sekali rahsia astagfirullah ini memang banyak sekali disini memang saya tidak dapat nyatakan berapa jumlah yang perlu kita zikirkan. Ikutlah kemampuan masing-masing jika kita ingin sesuatu istimewaa maka lakukan ianya dengan yakin, tawakal, istiqomak dan sabar insyallah apa yang kita hadapi akan mendapat jalan keluar. Lakukanlah mula hari ini selagi nyawa kita dikandung badan jika kita telah diambil pergi tidak gunalah lagi insyallah kita akan merasa menyesal dikemudian hari.

sekian terima kasih

Sabtu, 28 Ogos 2010

ILMU TASBIH YUNOS (SOLAT HAJAT)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Merujuk kepad perkara diatas, sebenarnya untuk solat hajat banyak versi-versinya jika kita lihat apa yang tertulis didalam buku maka daripada satu buku ke buku yang lain kadang-kadang ada sedikit kelainan samada pada surahnya ataupun semasa sujudnya.

Ilmu yang akan saya perturunkan agak panjang sedikit daripada biasa mungkin ianya akan mengambil sama dalam 1jam - 1jam 30 min jika untuk mengamalkan akan tetapi jika kita sudah biasa maka kita rasa ringan untuk membuatnya akan tetapi kepada yang baru-baru mula memanglah rasa penat sedikit akan tetapi insyallah apa yang kita minta samada sekejap ataupun lewat ia akan dimakbulkan juga.

Kadang-kadang dihati saya rasa ini ingin membantu dan kadang-kadang ada diantara pembeli e-book saya dimana meminta membuat sesuatu kebiasaanya akan solat hajat bagi mereka. Saya tidak berapa suka mementingkan diri sendiri maka disini mana-mana individu yang mempunyai hajat yang dirasakan kecemasan maka bolehlah emailkan kepada saya insyallah jika mana yang boleh saya bantu saya akan bantu sedaya upaya saya kerana kadang-kadang saya buat untuk diri sendiri sahaja akan tidak menjadi kesulitan bagi saya untuk menyelitkan sedikit hajat anda akan tetapi saya minta janganlah melampaui batas kerana kebanyakan kadang-kadang ada individu-individu yang tertentu bersikap memaksa. Oleh yang demikian anda boleh tuliskan hajat anda dan diemailkan kepada buyexxx@ilmupengasih.com

sekian terima kasih

ILMU SALAMUN QAULAM (YASSIN 58)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Merujuk kepada perkara diatas ilmu boleh dikatakan lama jugakan saya telah diijazahkan oleh pengajar saya. Untuk pengetahuan semua ilmu ini lebih kurang sama dengan ilmu kebesaran yahuu cuma bezanya diantara ilmu kebesaran yahuu dan ilmu salamun qulam ini ialah dikurniakan keselamatan daripada banyak segi cuma jika kita amalkan dalam masa yang tertentu kita telah dapat kesannya

khasiat jika kita mengamalkan ilmu ini adalah seperti berikut
1 Ianya boleh dihadikan sebagai pengasih
2 Ianya boleh memanggil pulang seseorang terutamanya untuk suami isteri.
3 Jika kita ada masalah yang urgent ataupun kecemasan adalah baik kita mengamalnya supaya dikurnia keselamatan dan hajat
4 Jika anak, kita ataupun seumpamanya dengan ini ingin pergi ujian maka adalah elok kita amalkan boleh dikatakan ianya boleh jadi seperti air menerang hati cuma bezanya tidak mengunakan air cuma doa semata-mata.
5 Ianya boleh dijadikan keselamatan rumah dimana orang yang ingin memasuki rumah kita atas tujuan untuk mencuri ataupun berbuat khianat seperti menanam benda di kawasan rumah maka orang tersebut tidak berjaya memasuki rumah kita.

Sebenarnya banyak lagi kegunaan ilmu ini akan tetapi masa yang paling baik kita amalkan ialah dihujung-hujung waktu asar yakni lebih kurang dalam 45 min ataupun 30 min sebelum waktu magrib. Jangan pula melewatkan sembahyang asar. Kerana waktu itu adalah amat mustajab sekali.

Disini adalah baik saya menerangkan kenapa waktu itu amat mustajab sekali. Untuk pengetahuan semua selepas waktu asar tiada penjaga atapun malaikat yang ada kerana masa asar merupakan waktu malaikat yang menjaga kita akan bertukar shif oleh itu jika boleh janganlah tidur pada waktu itu kebanyakan daripada kita amat suka tidur pada waktu itu dan untuk pengetahuan semua kebarang kalian untuk kena strok adalah tinggi jika kita tidur pada waktu itu selain daripada itu jika kita tidur pada waktu itu kita akan mimpi yang bukan-bukan oleh itu cuba jangan tidur pada waktu itu. Dan apabila kita mengamal sesuatu sebelum waktu masuknya waktu magrib jika kita mengamalkan sesuatu pada waktu itu maka akan tercatatlah amalan kita dan sesuatu yang dimulakan dengan amalan yang baik maka baiklah seluruhannya pada hari itu.

Sekian terima kasih

Sekian terima kasih