Sabtu, 29 Disember 2007

ILMU PENUNDUK

Ilmu penunduk banyak kegunaannya ianya boleh digunakan semasa berniaga atau untuk kegunaan peribadi. Sifat ilmu ini adalah untuk menunduk individu-individu tertentu supaya hajat si pemakai insyallah ditunaikan. Ilmu ini kian lama telah dilupai akan tetapi apabila keadaan terdesak barulah kita hendak mencari ilmu ini.

Ilmu ini saya telah pelajari daripada seorang kiyai daripada indonesia dengan cara tidak sengaja oleh kerana merujuk daripada nama saya ia boleh dikatakan rezeki saya ini berat sedikit daripada orang lain dan ianya boleh digunakan ketika hendak berniaga. Untuk pengetahuan umum ilmu ini memang lama saya tidak memakainya akan tetapi baru-baru ini saya telah mengajar ilmu ini kepada beberapa orang melalaui internet kepada individu-individu tertentu boleh dikatakan kebanyakan mereka adalah bekerja sebagai unit trust consultant, insurans consultant dan beberapa individu yang bekerja di syarikat MLM.

Mula-mula saya amat takut hendak mengajarnya akan tetapi beberapa kali mereka meminta saya mengajarnya kehidupan mereka berubah daripada sehari ke sehari banyak kes-kes dapat close. Yang paling mengembirakan saya baru-baru ini seseorang yang bekerja di Unit trust consultant telah meraih pelaburan sehingga dapat meraih pelanggan diantara 3-5 sehari setelah sekian lama tidak dapat sebarang pelanggan Selain daripada itu ilmu ini pun telah diminta oleh kaum hawa bagaimana hendak supaya para suami untuk mendengar kata mereka dan banyak lagi.