Jumaat, 15 Februari 2008

PENGASIH SURAH AN-NAS

Assalamualaikum dan salam sejahera,

Di antara ilmu-ilmu jika di suruh membuat pilihan antara ilmu pengasih saya amat suka pengasih surah An-nas. Ini disebabkan ilmu pengasih surah An-nas akan membuat orang dimaksudkan samada dikalangan lelaki atau perempuam melutut kepada kita. Dimana selepas anda mengamalkan dengan baik maka orang yang dimaksudkan itu akan datang kepada kita dengan menyatakan rasa sayangnya ia kepada kita dan ingin selalu berjumpa bagaikan aur dengan tebing sekali tidak berjumpa alamatnya akan merasa amat rindu dan sayang.

Pengasih surah An-nas ini amat sesuai digunakan oleh individu-individu yang mempunyai masalah rumah tangga yang meruncing. Insyallah isteri ataupun suami akan bertambah rukun dan saling cinta mencintai walaupun umur sudah lanjut. Itulah keajaiban cinta amat sukar diurai dan diungkapkan oleh kita semua.