Isnin, 18 Ogos 2008

ILMU AYAT 15

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kita biasa mendengar doa ayat 5 dan ayat 7 akan tetapi amat jarang sekali kita didedahakan dengan ayat 15. Kekuatan ayat 5 dan ayat 7 ialah untuk mengelakan diri kita daripada terkena sihir, buatan orang, kena racun dan pelindung diri.

Akan tetapi kekuatan ayat 15 ini sama seperti ayat 5 dan 7 dan ianya lebih pendek. Ia juga boleh jadi sebagai pengasih, hajat, pengelak racun, pelindung diri daripada musuh dan lain-lain lagi. Ianya amat baik jika kita mengamalnya setiap hari. Selain itu setiap ayat 15 itu ada kelebihan masing-masing oleh itu saya akan menerangkan dan cara pengunaan setiap ayat itu secara satu.

Sebenarnya ayat 15 ini adalah lebih mudah diingat dan mudah dihafaz kerana ianya pendek sahaja. Akan tetapi walaupun pendek tidak ramai yang mengetahuinya.