Isnin, 18 Ogos 2008

ILMU PENGASIH - CARA UNTUK MENYERU PASANGAN ANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jika anda membaca ilmu diatas tentu ianya kelihatan menakutkan dan mungkin ada yang menyatakan ianya seperti sihir. Saya sebenarnya tidak tahu apa yang meletakan nama ilmu ini sudah lama saya fikirkan apa hendak meletakan nama ilmu ini supaya ianya tidak dipandang serong oleh individu-individu tertentu.

Sebenarnya semasa saya diajar ilmu-ilmu ini pengajar saya tidak pernah memberi nama cuma diberitahu kaedah dan kegunaan serta kesannya. Ini termasuklah juga dengan ilmu-ilmu yang lain di dalam blog saya yang mana saya meletakan sahaja nama sesebuah ilmu.

Seperkara lagi saya ingin berpesan untuk mendapat sesebuah ilmu itu atau supaya ianya dimakbulkan oleh demikian saudara-saudari perlu mengetahui bab kebersihan diri seperti berjunub dengan betul dan semua kawasan yang tersepit yang tumbuhi dengan bulu perlu dipotong tidak kurang daripada 40 hari. Terutamanya bulu kemaluan. Untuk mandi junub ini pula perlulah di buat dengan kaedah yang betul jika tidak anda masih lagi belum dikira sudah berjunub. Ini perlu di ambil jika tidak apa yang anda lakukan tidak akan mendapatkan hasil.

Untuk ilmu diatas anda perlu membaca ayat atau doa yang saya akan berikan dan ikut sahaja apa yang telah dituliskan. Maka kesannya ada 2 :

1. Wanita itu akan tergila-gilakan kepada anda dan diminta dikhawini (untuk wanita lemah semangat.

2. Wanita itu akan suka pada anda akan tetapi menyorokan perasaan mereka. Oleh itu anda perlulah berbual-bual pada jangkamasa yang tertentu wanita itu akan meluahkan perasaannya untuk berkhawin dengan anda. (kuat semangatnya)

Oleh demikian janganlah dimain-mainkan perasaanya. Jika cukup dalam segala-galanya maka cepat-cepatlah bernikah sebelum berkhawin sebab pada zaman sekarang ini lebih banyak yang sudah berkhawin daripada bernikah.