Sabtu, 29 Mac 2008

DUIT TARIK (ILMU KANTUNG 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada anda yang menghadapi kesempitan yang amat sangat saya sarankan supaya anda mengamal ilmu kantung 2. Saya disini hanya menunjukan cara bagaimana untuk mendapatkan ilmu ini dan terpulanglah kepada anda untuk mengamalkanya. Ilmu kantung ini mempunyai perbezaan amalan dengan ilmu kantung yang sebelum ini kerana ianya ringan sedikit cara amalanya.

selain itu keistimewaan ilmu kantung kepada mereka yang keberatan atau keberatan untuk mengamal secara istiqomah (berterusan) maka anda boleh meletakan wifik yang saya akan berikan didalam tempat isi duit anda atau dompet insyallah anda akan merasa akan dicukupkan dari segi kewanggan.

Jika anda memilih untuk menjalan amalan secara berterus dan ilmu ini diperkenankan maka silalah lihat contoh seperti di ilmu kantung 1 cuma berbezaanya cara amalan sedikit ringgan.

oleh kerana banyak yang buat pertanyaan berikut sebahgian ayat yang dimaksudkan:











Jumaat, 28 Mac 2008

ILMU KUNCI PENCURI

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Jika rumah sering diancam orang percuri semasa ketiadaan anda ataupun jika anda ingin pergi jauh dalam tempoh yang agak lama dan risau rumah anda akan dimasuki pencuri atau risau kenderaan dicuri oleh mereka yang suka mencuri maka ilmu ini sangatlah sesuai digunakan.

Ilmu ini saya pelajari daripada seorang kenalan yang pernah berguru dengan seorang Ustaz daripada keturunan jawa dan beliau mengajar cara membuat Ilmu penangkis pencuri kepada saya.

Ilmu ini ada 3 jenis :

  • Perlu ditaman diperkarangan rumah (dimana kawasan rumah mempunyai Tanah)
  • Tidak perlu ditaman ( dimana sesuai digunakan seperti Rumah Teres, condo, Appartment dalam kenderaan (kereta sahaja) atau sebagainya)
  • DOA untuk pagar rumah anda
Cara Menyediakan adalah mudah sahaja anda hanya perlu menulis ayat dan sila ikut panduaan yang akan diberikan.

Kesannya jika ada orang yang berniat tidak baik ingin mencuri benda berharga di rumah anda maka dengan izin allah swt rumah anda akan dilihat orang pencuri itu seperti lautan api ataupun bukit yang amat tinggi atau jika pencuri mengunakan ilmu yang tertentu dan dapat memasuki ke dalam rumah anda (kebiasaannya cara mereka akan membaling pasir ke arah rumah atau atap rumah) akan tetapi dengan ilmu ini maka pencuri itu tidak akan dapat jalan keluar dan akan mempunyai sifat yang bodoh sehinggalah tuan rumah menunjuk jalan keluar. Jika tidak menunjuk jalan keluar maka mereka akan mundar mandir dalam rumah anda tidak tahu dimana jalan keluar.



Isnin, 24 Mac 2008

ILMU KUNCI KEKAYAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hutang merupakan suatu penyeksaan bagi setengah-setengah daripada kita dan hidup di dunia ini tidak terlepas daripada hutang. Memang hutang merupa perkara yang membebankan daripada kerana berhutang timbul gejala-gejala mencuri, merompak dan sebagainya.

Tetapi sebenar hutang merupakan anugerah supaya kita mendekati pencipta dan selain itu hutang juga boleh membuat kita akan lebih kaya daripada kehidupan terdahulu. Tetapi perlulah kita berdoa, berusaha dan bertawakal. Kerana itulah kunci kekayaan. Tidak mustahil seseorang yang kaya akan menjadi miskin dan tidak mustahil seseorang yang miskin akan kaya raya.

Dengan ilmu-ilmu ini saya berharap saudara-saudari diamalkan dengan sebaik yang mungkin . Mungkin kali ini tidak memerlukannya akan tetapi saya yakin bila ditimpa mushibah maka saya yakin ilmu inilah saudara-saudari amat inginkan.



Selasa, 18 Mac 2008

ILMU SEBELUM BERJIMAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ilmu yang saya akan berikan ini supaya isteri anda merasa nikmat sekali apabila digauli maka sebelum anda melakukan hubungan kelamin baca ayat yang saya akan berikan sebanyak 7 kali insyallah dengan izin allah swt isteri saudara akan merasi kenikmatan lain daripada yang lain.



Rabu, 12 Mac 2008

ILMU SULIT ORANG MELAYU

Asalamulaikum dan salam sejahtera,

Saudara-saudari sekelian mengapa orang melayu pada zaman dahulu kala amat disegani dan ditakuti oleh musuh-musuh akan tetapi pada zaman sekarang orang melayu walaupun merupakan majority akan tetapi selalu di perlekehkan dan dipijak-pijak.

Ilmu pertahanan orang melayu merupa sebuah ilmu yang patut anda pelajari dan miliki untuk mengembali kegembilangan orang melayu saya paling tidak suka melihat orang melayu dijajah di tanah sendiri oleh yang demikian ilmu pertahanan orang melayu patut anda miliki dan pelajari.

Ilmu pertahanan orang melayu yang saya akan berikan ada 2 :

1. ILMU KEBAL
2. ILMU ISIAN TANGGAN.




Ahad, 2 Mac 2008

ILMU MEMIKAT IKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jika saudara merupakan seorang nelayan ataupun ingin mendapat tangkapan ikan yang banyak saya mempunyai sebuah azimat dimana boleh digunakan. Kesan azimat yang saya berikan ini jika anda mengunakan jaring,pukat,bubu ataupun jala tulislah azimat ini pada kertas dan masukan ia ke dalam botol dan ditutup rapat dan letaklah azimat itu berdekatan dengan jaring,pukat,bubu ataupun jala dengan kuasa allah swt ikan akan berduyun-duyun datang berhampiran atau memasuki bubu atau jala atau pukat atau jaring.

Jika anda merupakan seorang pemancing maka azimat ini boleh digunakan juga, Akan tetapi cara yang berbeza buat azimat ini dua helaian satu diletakan di dalam batang joran dan satu diletakan pada berhampiran dengan mata kail atau berdekatan dengan perambut. Mungkin tertanya-tanya bagaimana hendak meletakan azimat ini berhampiran dengan perambut. Carilah botol kecil ataupun dileminate azimat ini dan letakanlah pada berhampiran perambut. Ataupun cuba fikirkan cara yang terbaik saya tahu para pemancing ini mempunyai sifat seni dan creative yang amat tinggi mesti anda mempunyai cara terbaik. Azimat ini boleh digunakan samada dilaut,pantai ataupun air tawar seperti sungai ataupun kolam.

Jika boleh jika mempunyai tangkapan yang cukup maka pulang dengan segera dan janganlah bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk kehebatan. Seperkara lagi saya menasihatkan saudara-saudara minta janganlah memancing pada hari sabtu. Kerana hari sabtu ikan akan berehat pada hari tersebut dan ada larangan memancing pada sebuah surah supaya tidak memancing pada hari tersebut.

Saya tahu ada setengah-setengah pemancing suka mengunakan tulang babi dimana ianya diletakan dalam joran untuk mendapat hasil tangkapan yang lumayan. Sebagai orang islam babi merupakan benda yang diharamkan gunalah azimat ini yang tentu suci dan ianya mengunakan ayat suci al-quran insyallah hasil tangkapan anda akan lumayan juga.