Jumaat, 14 November 2008

ILMU MENGISI KEKUATAN BADAN

Assamulaikum dan salam sejahtera,

Berikut saya sertkan ilmu mengisi kekuatan badan. Inanya merupa doa dan amalan sahaja dan ianya bukan mentera sebab kebanyakan orang melayu kita lebih suka mengunakan mentera. Daripada 10 pembeli buku ilmu pengasih saya 4 daripada tidak boleh membaca ayat al-quran.

Di Malaysia ini banyak sekali tempat-tempat yang anda boleh mempelajari membaca al-quran yang di ajar secara individu atau secara private. Oleh itu janganlah malu ataupun segan saya rasa orang yang mengajar kepada anda akan merasa begitu seronok dan gembira jika anda boleh membaca walaupun berkeadaan merangkak-rangkak insyallah lama kelamaan akan menjadi lancar.

Sekian Terima kasih

KHADAM SURAH KURSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut saya sertkan ilmu khadam surah kursi. Ilmu ini sama sahaja dengan ilmu khadam seperti surah al-ikhlas dan al-fatihah cuma cara amalan berlainan. Rasa saya tidak perlu menjelaskan lebih lanjut anda boleh membaca ilmu khadam surah ikhlas caranya lebih kurang sahaja Cuma anda perlu melakukan secara 4 hari berturut-turut.

Untuk pengetahuan Ilmu khadam surah kursi ini sebenarnya banyak ada yang ringkas dan ada yang berat sedikit. Ilmu khadam ini rasa saya yang paling ringkas dan mudah dilakukan. Cuba jika ilmu ini dimakbulkan seperti biasa jangan riak, sombong, bongkak, ingin menunjuk-nunjuk dan lain-lain sifat seumpanya. Jika sudah dapat maka adalah lebih baik berdiam diri. Nasihat saya kepada jika ingin mengamalnya adalah lebih baik sebelum mengamalnya maka sila buang sifat yang saya nyatakan. Insyallah akan termakbul.

Selasa, 11 November 2008

ILMU TEMBUS PANDANG

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Merujuk kepada perkara diatas, Ilmu tembus pandang atau lebih dikenali ilmu terlawangan atau ilmu terlawang ini ada banyak jenis amalannya. Ada yang boleh dilihat dalam air ada yang boleh dilihat secara terus dengan mata kasar dan ada melalui mimpi akan tetapi mestilah didalam keadaan bersih dan bersuci.

Jika ada mempunyai geliga lipan dan diletakan didalam mulut insyallah ada juga boleh tembus penglihatan tanpa banyak amalannya. Dikalangan masyarakat berbangsa Cina amat suka pada geliga lipan walaupun ianya mencecah ribuan ringgit atau jutaan ringgit mereka masih ingin memilikinya ini untuk tujuan berjudi.

Banyak daripada pelawat di laman saya sering bertanyakan tentang ilmu ini. Pada awalnya dihati saya mempunyai syak wasangka yang buruk kerana takut-takut digunakan cara seperti berjudi, berzina, mengugut seseorang dan lain-lain perkara yang buruk. Akan tetapi saya segi yang lain ada kebaikan juga seperti melihat hati anak, isteri, suami atau individu-individu untuk tujuan ingin tahu perbuatan dan untuk keselamat daripada individu yang ingin memperdaya atau membuat perkara yang buruk kepada kita.

Ilmu Tembus pandang ini yang paling ringkas dari segi amalannya dan paling mudah kesannya jika dimakbulkan anda boleh melihat apa yang anda ingin hajat. Ianya bukan mentera jawa ataupun mentera melayu sebab banyak ilmu terlawang di kalangan orang melayu banyak mengunakan mentera. Akan tetapi ianya merupakan sebahgian doa dan amalan. Oleh itu jangan sekali-kali gunakan untuk keburukan nanti buruk padahnya. Dan jangan pula riak sombong bongkak atau sifat seumpama dengannya kerana ianya juga akan mengundang padahnya jika kita sudah dapat sesebuah ilmu dan dimakbulkan berdiam diri atau dengan perkataan lain "buat bodoh aje"

Zaman berubah pada ketika dahulu orang yang telah mempunyai ilmu amat suka berdiam diri atau tidak mahu dikenali ini adalah disebabkan orang yang sedimikian ingin mengelakan diri mereka dari sifat yang diatas. Inilah yang terjadi pada zaman sekarang orang suka menunjuk-nunjuk pada awalnya seseorang itu berkelakuan baik dan amalan yang cukup tinggi dan diakhirnya mereka ini merupakan pengamal ajaran terpesong disebabkan riak sombong bongkak dan seupamanya. Sebagai contohnya seorang guru yang termasyhur di baling atau dikenali sebagai "abuya" beliau di kurnai banyak sekali ilmu yang tidak difikirkan manusia akan tetapi setiap ilmu itu ada ujiannya maka jika kita dapat menghindarkan diri daripada sifat yang saya nyatakan jika ingin selamat.

Sekian terima kasih